Friday, April 13, 2007

topsy turvy

Pada dua hari, sedang aku berjalan-jalan sehelai diri, tiba-tiba mendapati diriku akan sepapan tupai tanah yang sedang cuba melompat-lompat ibarat khinzir yang ingin mengawani. Akan dua buah mataku ini tidak lah dapat tidak memerhatikan tupai tanah itu cuba melompat ke arah selembar pokok pada arah 150 degree bearing ke utara. Amatlah lucu dan hilai ketawalah sehelai diriku ini memerhatikan malah mengawasi serta cuba pula mencatat rekod2 lompatan tupai tanah itu untuk simpanan apatah lagi rujukan peribadiku ini. Arakian nampak sangatlah kenapa buku simpulan kbsr darjah satu mengatakan bahawa binatang itu bodoh serta benak akan kejadian nya. Kini aku mengerti akan keperian tersebut kerna sudah terang lagi panas cahaya mentari menampakkan akan sebujur tangga tidaklah jauh dari pokok itu, namun entah apa yang difikirkan tupai tanah itu, tidaklah mahu ia mengambil tangga itu untuk digunakan bag menjayakan misi untuk pergi ke puncak pokok itu. Bukankah lebih senang memanjat guna tangga daripada melompat2 seperti itu??? Hmmm, setelah penat akan sehelai diriku ini membuang masa serta membuat perkara yang lagha seperti kamu sekalian, maka akan berkeputusanlah diriku ini untuk terus meninggalkan sepapan tupai tanah itu.

No comments: